Sekolah ini mula dibina pada tahun 1948. Nama asalnya ialah Sekolah Melayu Kampung Pandan.Sekolah ini didirikan oleh penduduk kampong ini secara gotong- royong.
Pada tahun 1955,bangunan asal sekolah ini telah dibina semula dengan sempurna dan ditambah lagi dengan bilik darjahnya dan dilengkapi dengan bekalan air paip dan elektrik.
Pada tahun 1958, sekolah ini mendapat lagi tambahan 4 bilik darjah dan pejabat.
Pada tahun 1966,sekolah ini didirikan lagi bangunan tambahan 6 bilik darjah.
Pada tahun 1972,sebuah lagi bangunan 2 tingkat didirikan dengan mempunyai 9 bilik darjah,bilik guru,pejabat .dewan dan sebuah kantin.
Bangunan kelima pula dibina pada tahun 1981 dengan mempunyai 8 buah bilik darjah,sebuah perpustakaan,sebuah bilik alat pandang dengar dan sebuah bilik alatan KBSR.Pada tahun 1992,Sekolah Kebangsaan Kampung Pandan telah ditukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn.Nama ini juga telah diiktiraf dengan rasminya oleh JPWP pada 9 Februari 1995.
Pada tahun 1995,Sekolah Kebangsaan Tun Hussein Onn telah mendapat dua buah bangunan lagi,bangunan sementara dan bangunan 4 tingkat dengan mempunyai 14 bilik darjah,bilik guru dan pejabat.
Pada tahun 2000,SK Tun Hussein Onn telah mendapatlagi sebuah bangunan tambahan yang mengandungi 15 bilik darjah.
Kini,SKTHO telah mampu menampung seramai lebih kurang 1000 orang murid dalam satu sesi pagi sahaja dengan jumlah guru seramai 62 orang guru dan 18 orang kakitangan lain.
No comments:
Post a Comment